Ukhuwah Kita
Ku perhatikan laut,
Lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tidak sepertinya,
Pasang surut silih berganti,
Tidak juga seperti buih-buihnyanyang tidak rapuh dan tidak kekal,
Lalu aku berdoa lagi di antara kita seperti Sungai Nil,
Yang tetap mengalir hingga saat ini
“Sahabat, jejaklah di hatiku ini dan biarkan aku menari dalam samudera
hatimu. Agar ukhuwah fillah ini tidak musnah walau ombak melanda. Walau
badai mendesak. Hanya taqdir Maha Esa yang bisa memutuskan ikatan ini”
dariku khas buatmu yang bernama sahabat..
.;'p[
"Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab."
Tahukah hati budi lelaki?
✿ Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih
wanita yang baik..~
✿ Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,
lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu
pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki..~
;'[p ....
Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..~ .:|:.
Sabda Nabi s.a.w
"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama
dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan
al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"
-Riwayat al-Bukhari-
✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..
✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿
Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar
atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia
terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,
“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.
Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”
Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia
memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan
memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi
tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak
faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke
atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.
Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik
berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air
dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan
menggunakan bakul sampah.
Mikail kehairanan memikirkan apa yang
disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan
juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam
baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata
kepada atuknya,
“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”
Kemudian atuknya memberitahu,
“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat
menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut
tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah
bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran,
selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”
.;'[]\ ,,,,
♥♥ KAYA lelaki kerana AKHLAKnya
♥♥ TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah
♥♥ MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah
♥♥ TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN
♥♥ HEBAT lelaki kerana KESABARAN
♥♥ Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH
Tidak ada komentar:
Posting Komentar