Minggu, 05 Februari 2012

ANA UHIBBUKI FILLAH....


Bismillahirrahmanirrahim

Sifat manusia ingin menyayangi serta disayangi. Itulah naluri fitrah yang dikurniakan Allah. Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang fitrah boleh bertukar menjadi fitnah andai tiada pengawasan dan penjagaan yang sempurna berdasarkan apa yang dilandaskan oleh Pencipta segala fitrah.

Andai fitrah menjadi fitnah, maka secara tidak langsung perbuatan itu sudah tidak lagi menjadi suatu ibadah lantaran Tuhan tidak lagi dijadikan matlamat utama.
Fitrah yang ingin saya highlightkan disini adalah fitrah ‘Persahabatan’. Sahabat/rakan/kenalan/taulan adalah terma gantian yang ditujukan untuk seseorang yang rapat dengan kita. Dengan erti kata lain, susah senang diharungi bersama, tawa sendu dirasai bersama, teman penghibur di kala duka, teman penyuntik semangat di kala derita, serta pelbagai lagi situasi yang menggambarkan kepentingan sesorang sahabat.

Bagaimana konsep fitrah ‘persahabatan’ ini boleh bertukar menjadi fitnah?

Apabila seseorang itu terlalu mengagung-agungkan sahabat yang disukainya sehingga seandainya ada kelemahan pada saudaranya itu tidak mahu menegur dan tetap mengatakan ianya tidak salah,

apabila pemergiannya diratapi seolah-olah tidak dapat menerima takdir yang memisahkan mereka berdua,

apabila diri sanggup berjanji untuk sehidup dan semati walaupun terpaksa mengorbankan tanggungjawab yang menjadi kepentingan sedangkan tiada siapa tahu bila dirinya akan mati,

apabila diri sanggup membenarkan segala yang diungkapkan oleh sahabat kesayangannya sungguhpun apa yang dikatakan tidak benar semata-mata ingin menjaga hati dan perasaan..kononnya menjaga persahabatan..

apabila diri mempergunakan sahabat untuk kepentingan peribadi, seolah-olah sebagai alat permainan yang rendah harga diri..serta bermacam-macam lagi.
Nilai persahabatan tidak terletak semata-mata kepada kedudukan material,pangkat, darjat, mahupun kata-kata indah ‘retorik’ seperti “aku sayang kamu sahabat..” , ” aku cintakan kamu kerana Allah sahabat..”. Tetapi ianya lebih daripada itu.

Ianya datang dari hati yang IKHLAS, berusaha ke arah pelaksanaan dan sejauh mana kita menjadikan ukhuwah itu sebagai pengikat antara kita dengan masyarakat di sekitar, tidak hanya kepada ahli-ahli jemaah sahaja. Dengan erti kata lain, menjadikan diri mudah didampingi dan seterusnya dapat meneruskan kewajipan amar ma’ruf, nahi munkar

Bagaimana kita mengaplikasikan konsep Hablum Min Allah serta Hablum Min An-nas dalam sebuah persahabatan.Yakni tindak-tanduk dan pekerti kita seiring dengan perasaan kasih kepada Allah dalam menghargai insan yang bergelar sahabat.

Mudahkah kita melafazkan kata-kata keramat ‘kasih’, ‘sayang’,'rindu’ dan ‘cinta’? Namun adakah kita benar-benar menghadirkan rasa kasihNya dalam setiap amal perbuatan kita. Sedarlah bahawa perkataan-perkataan ‘keramat’ itu bukanlah sebuah permainan yang begitu murah untuk dilontarkan, tetapi ianya adalah sebuah janji yang perlu ditunaikan.

Besederhanalah dalam persahabatan. Jangan terlampau ‘extreme’ dan ‘excessive’ sehingga wujudnya perasaan ingin mengagung atau memuja.Mahupun terlalu longgar sehingga timbul istilah “Conditional Friendship” – Hubungan yang dibina atas sebab-sebab peribadi, seandainya tidak memenuhi expectation, maka terputuslah hubungan.

Ukhuwah fillah dalam islam bukan seperti yang digambarkan oleh Jack dalam filem Titanic. ‘You jump, I jump..’ ataupun dalam kisah Romeo & Juliet. Sanggup membunuh diri semata-mata kerana ingin bersama orang yang tersayang. Itu bukannya sahabat. Itu kerja gila namanya!

Janganlah semata-mata kerana seseorang, prinsip kita menjadi larut dan cair. Hayatilah sirah baginda junjungan. Lihatlah bagaimana kaum ansar dan muhajirin bersaudara. Konsep persahabatan sebegitu yang perlu diterapkan.

Persahabatan dalam islam semata-mata ingin mengharapkan rahmat Allah. Mereka saling menyayangi dan mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka membantu dan menasihati antara satu sama lain kerana rahmat Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana rahmat Allah.

Biarpun jarak memisahkan mereka, namun tiada noktah kasih. Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, ‘bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..’ Mereka redha di atas segala ketentuan, saat gembira dan duka dikongsi bersama. Seorang yang bersahabat semata-mata kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah akan merasa ketenangan dan kemanisan dalam dirinya ketika beribadah. Ini bersesuaian dengan sabda baginda yang mafhumnya berbunyi :

“Tiga perkaram sesiapa yan terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman: Bahawa Allah dan RasulNya lebih ia kasihi daripada yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka”

(riwayat Bukhari)
“mukmin trhadap mukmin yang lain ibarat batu bata binaan yang saling memperkukuhkan antara satu sama lain” (riwayat bukhari)

“tidak ada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam,selain teman-teman yang soleh..apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayangnya..maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh” Saidina Umar r.a

“Kasihilah sesuatu yang kau kasihi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin kau akan membencinya pula..Bencilah sesuatu yang kau musuhi dengan seadanya, kerana suatu masa mungkin engkau akan mencintainya pula..” – dipetik dari kitab Al-Adab Al-Mufrad Imam Bukhari.

Ukhuwah fillah akan tetap kekal selamanya sungguhpun kita dipisahkan oleh dua benua yang berbeza, kerana nilai persahabatan tidak terletak pada apa yang dilihat disisi, tetapi terletak pada apa yang tertanam di hati…biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin..semoga bertemu akhirnya di taman Firdausi

maaf aku

maafkan aku Sahabat..
saat kau sedang di uji..
aku hanya mampu menjadi pendengar..
aku hanya mampu menangis
aku hanya mampu menasihat
aku hanya mampu memberimu semangat..
sedang...
aku x mampu membantumu..
aku x mampu berbuat apa-apa pun untukmu..
bukan aku..
x mahu..bukan aku x sudi..
tapi...tanganku ini bagai diikat & digari..
mana bisa aku membantumu..
wahai Sahabatku...

apa yg kumampu...hanyalah
mendoakanmu...pd Tuhan kita..
Ya-Allah...
Kau Maha Mendengar
rintihan hambaMu yg sedang Kau uji
ketika ini..
aku x mampu membantunya ya-Allah..
aku mohon pdMu ya-Allah
Kau ringankanlah penderitaan Sahabatku
Kau bantulah dia..menjadi manusia tabah
dengan ujianMu..
Kau dengarlah permohonannya
Kau berilah kekuatan pdnya
agar dia bisa bangun semula
meniti hari-hari depan
dengan penuh ketabahan

Kau lindungilah dia dr segala
kesulitan &
Kau selamatkanlah dia dr
manusia-manusia yg bisa memudaratkan dirinya..
Kau bantulah setiap kesusahan dirinya..
Kau tunjukkan pdNya
setiap apa yg Kau uji pd dirinya
adalah bukti kasih sayangMu pdnya...

Sahabatku...
biar apa pun ujian yg menimpamu
ingatlah..
itu tanda kasih sayang Allah pd hambaNya..
kau bertuah Sahabatku..
kerana Allah memilihmu
menjalani ujianNya..
walau seperit mana pun dugaan itu..
ingatlah pdNya selalu..
kerana Allah tidak pernah membiarkanmu..sendirian
setiap ujian itu, mengikut kemampuanmu..

**************************************
Hanya inilah bentuk bantuan
yg mampu kuhulurkan pdmu Sahabat
di saat tanganku kuat terikat...
dan...
tangan yg terikat inilah
yg mampu ku tadah pdMu ya-Robb
buat Sahabatku....♥♥♥
Semoga hidupmu kembali tenang..
setenang air di tasik..
setenang langit nan membiru....
setenang senyumanmu....~~