Selasa, 23 April 2013

aku,DIA dan.....



aku di sini,
bersama KEKASIH yang ku cintai,
oh indahnya saat itu,
DIA yang sangat ku cintai,
DIA yang amat aku sayangi,
DIA yang terlalu aku rindui,
DIA adalah segala-galanya buatku...

aku dan DIA,
bahagia yang tiada bandingnya,
DIA....
Memahami,
isi hati yang terpendam,
kepahitan yang dirasai,
kesukaran yang ku alami..
aku di sini,
tidak sanggup menanggung
keperitan dan kepayahan hidup,
sungguh lemah diri ini,
hanya pada DIA
aku mengadu segalanya,
aku luahkan segala yang terbuku
dalam benak fikiranku,
sering aku menangis sayu
di hadapanNYA,
merintih hiba tak terkata,
kerna ku tahu,
DIA sentiasa di sisiku,
setiap saat diperlukan.
syukur kerana aku menemui cintaNYA.

aku tanpa cintaNYA,
bagai bangkai tak bernyawa,
tiada erti hidup ini,
sunyi sepi ku rasakan,
kosong...
hidup ini tidak berarah,
ke kanan ke kiri,
ke hadapan dan belakang,
suram,
gelap,
malap,
tiada cahaya yang menyinari,
bagi menyuluh ku ke lorong yang lurus.

aku tanpaNYA,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar